Semasa

Program Derma Darah Sempena Hari Tentera Darat Ke-85 Peringkat 9 Bgd

SARAWAK: Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Bgd) telah menganjurkan Program Derma Darah Peringkat 9 Bgd di Ruang Legar BISONTE (Berhadapan Koperasi Tentera dan Restoran Cabeijo), Sibu pada 22 Mac 2018.

Program Derma Darah ini adalah usaha sama diantara 9 Bgd dengan Unit Tabung Darah Hospital Sibu bagi membantu menampung keperluan bekalan tabung darah Hospital Sibu sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke-85.

Program kali ini disertai seramai 113 orang dari warga 9 Bgd dan orang awam, manakala program ini bermula seawal jam 0900 pagi dan berakhir jam 1400 petang.

Kempen derma darah yang dimulakan sejak awal pagi ini berjaya mengumpul sebanyak 62 pek darah serta turut dimeriahkan dengan gimik pelancaran kempen derma darah dengan simbolik penyerahan pek darah oleh Ketua Staf MK 9 Bgd, Lt Kol Jauhari Talib kepada Dr Lim Chuan Lian, Pegawai Perubatan dari Jabatan Tabung Darah Hospital Sibu dan seterusnya merasmikan program tersebut.

Turut diadakan pemeriksaan kesihatan dan rawatan pergigian oleh 803 RSAT dan 624 PGAT.

Turut hadir Pegawai Memerintah dan Pemerintah di bawah naungan 9 Bgd.

Gambar: Sjn Dony

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close