1 DivHUTSemasa

Perbarisan Perutusan HUT TD Ke-85 Peringkat 1 Div

SARAWAK: Seramai 80 pegawai dan 860 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam perbarisan Bacaan Perutusan Hari Ulang Tahun (HUT) Tentera Darat (TD) Ke-85 yang dibacakan oleh Panglima 1 Div, Mej Jen Datuk Stephen Mundau di Kem Muara Tuang, Kota Samarahan pada 1 Mac 2018.

Dalam ucapan Panglima 1 Div, beliau menyatakan bahawa keunggulan organisasi TD yang ada pada hari ini adalah legasi yang diwarisi dari kecemerlangan kepimpinan dan seluruh warganya yang terdahulu.

Atas dasar itu, beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada semua perwira-perwira serta perajurit negara yang telah menabur jasa dan bakti dalam mencorak kejayaan TD sejak 85 tahun kewujudannya, sesungguhnya TD tidak pernah melupakan jasa dan pengorbanan yang telah mereka dicurahkan demi mempertahankan tanah air tercinta ini.

TD telah melalui beberapa evolusi pemodenan berdasarkan kepada perubahan sekitar geostrategic dan ancaman semasa dalam persekitaran multi domain.

Berlandaskan kepada cogankata Tentera Darat, Satu Kerana Bersatu yang diterajui oleh Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim telah menyusun lima teras utamanya dalam memimpin TD kearah kecemerlangan iaitu memperkasakan kesiagaan angkatan, pengukuhan kesepaduan angkatan, peneguhan profesionalisme, pemantapan pengurusan organisasi dan peningkatan kualiti hidup.

Katanya lagi, kejayaan demi kejayaan yang diraih ini tidak datang dengan sendirinya tanpa usaha yang jitu dan kesepaduan dari warga TD, oleh yang demikian ianya seharusnya menjadi pembakar semangat untuk kita terus mengekalkan prestasi kerja yang cemerlang dan mengorak langkah kearah yang lebih baik demi agama, bangsa dan kedaulatan negara.

Turut hadir KS AM MK Medan Timur TD, Brig Jen Dato’ Subari Tomo, Panglima 3 Bgd, Brig Jen Mohd Bustaman Hj Mat Zain, BAKAT 1 Div, MINDEF Sarawak dan Persatuan Veteran Sarawak.

Gambar: Pbt Nawawi Mujtabar

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close