HUTSemasa

Perbarisan Perutusan Hari Tentera Darat Ke-85

KUALA LUMPUR: Seramai 50 pegawai dan 331 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terdiri dari MK 4 Div, MK 12 Bgd dan unit-unit yang terdapat di dalam Kem Wardieburn terlibat dalam Perbarisan Perutusan Hari Tentera Darat Ke -85 di Padang Kawad Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD) pada 1 Mac 2018.

Ketua Perbarisan diketuai oleh PS 2 Tadbir MK 4 Div, Mej Azhar Jaafar manakala PS 1 Tadbir MK 4 Div, Lt Kol Mohd Faizor Ismail diberi penghormatan selaku Pegawai Tabik Hormat dan seterusnya membacakan Perutusan Hari Tentera Darat Ke-85.

Beliau turut berpesan kepada seluruh warga Kem Wardieburn agar memahami dan menghayati teks ucapan Panglima Tentera Darat yang telah dibacakan olehnya Sempena Sambutan Hari Tentera Darat Ke-85 pada tahun ini.

Gambar: Pbt Mohd Azam Mohd Nor

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close
Close