2 DivHUTSemasa

Perbarisan Pembacaan Perutusan Hari TD Ke-85

PULAU PINANG: Seramai 225 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) serta kakitangan awam dari Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (MK 2 Div) terlibat dalam Perbarisan Pembacaan Perutusan Hari TD Ke-85 yang diadakan di Padang Kawad MK 2 Div, Kem Tun Razak pada 1 Mac 2018.

Perbarisan diketuai oleh Pegawai Staf 1 Kor Perkhidmatan Diraja MK 2 Div, Lt Kol Mohammad Najib Jupri yang mana Ketua Pegawai Pergigian, Kol (Dr) Zabidi Mohd Taha selaku Pegawai Tabik Hormat di Zon Pulau Pinang bagi membacakan Perutusan Hari TD Ke-85.

Acara perbarisan diserikan lagi dengan upacara memotong kek Hari TD sumbangan PERNAMA yang disampaikan oleh Pengurus Kedai PERNAMA Kem Sg. Ara, Encik Muhammad Nurazim Annuar di Wisma Perwira Pearl Eagle Riviera MK 2 Div.

Oleh:
Gambar: Pbt Mohd Nor Izham Shalahudin

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close