Perbarisan dan Perutusan PTD Sempena Sambutan Hari TD Ke-85 Peringkat 8 Bgd

TERENGGANU: Seramai 60 pegawai dan 800 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pelbagai Kor dan Rejimen Tentera Darat (TD) di negeri Kelantan dan Terengganu terlibat dalam Perbarisan dan Perutusan Panglima Tentera Darat sempena Sambutan Hari TD Ke-85 Peringkat 8 Bgd yang disempurnakan oleh Panglima 8 Bgd, Brig Jen Dato’ Nazari Abd Hadi bertempat di Padang Kawad Batalion Ke-18 RAMD (Para) pada 1 Mac 2018.

Perbarisan diketuai oleh Timbalan Komander Rej 512 (AW) Lt Kol Ahmad Rusaizi Abd Aziz yang mana sambutan pada kali ini masih mengekalkan cogankata Tentera Darat Satu, Kerana Bersatu.

Sebelum itu, pada 28 Feb 2018, MK 8 Bgd telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Solat Hajat sempena Sambutan Hari TD Ke-85 di Masjid Al-Ansar, Kem Seri Pantai yang mana kira-kira 700 pegawai serta anggota LLP TD dari seluruh negeri Kelantan dan Terengganu hadir.

Majlis bertujuan untuk menzahirkan rasa kesyukuran dan mengingati jasa serta bakti para pejuang-pejuang tanah air yang telah terkorban semasa mempertahankan negara sepanjang 85 Tahun penubuhan TD.

Gambar: Kpl Solman Samad

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close
Close