HUTSemasa

Perarakan Panji-Panji Rejimen Sempena Hari Ulang Tahun 8 RRD (Para) ke 45

MELAKA: Seramai 12 pegawai dan 229 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari 8 RRD (Para) telah terlibat dalam Istiadat Perbarisan Mengarak Panji-Panji Rejimen di Padang Kawad 8 RRD (Para), Kem Terendak sempena Hari Ulang Tahun Bn 8 RRD (Para) ke 45 pada 17 Mac 2018.

Perbarisan diketuai oleh Mej Zahari Afendi Mat Nor manakala Pegawai Panji-Panji adalah Lt M Hairullah Aazme dan SMR perbarisan adalah PW I Basil Ajon.

Didalam ucapan Pegawai Memerintah, Lt Kol Muhammad Samzie Gusang, beliau menegaskan kegemilangan yang dicapai oleh pasukan kini adalah kesinambungan daripada kecemerlangan yang telah dilakar oleh para Pegawai dan anggota yang terdahulu samada yang masih berkhidmat atau yang telah bersara. Beliau juga berbangga kerana berjaya menghimpunkan semula veteran-veteran yang pernah berkhidmat dengan pasukan ini pada hari yang bersejarah ini. Sejurus selepas perbarisan pasukan juga mengadakan Majlis resepsi di Dewan Makan Pasukan bersama mantan-mantan Peg Mem, SMR, bekas pegawai dan veteran 8 RRD/8 RRD (Para).

Turut hadir, Mantan-mantan Pegawai Memerintah, Sarjan Mejar Rejimen (SMR) ,bekas pegawai dan veteran 8 RRD/ 8 RRD (Para).

Gambar : LKpl Razif Anzeli dan Rjr Nicholas Vienlis Bato

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close