Latihan

Penutup Kem Kemahiran Senjata 11 KAD

NEGERI SEMBILAN: Latihan Kem Kemahiran Senjata (KKS) Rejimen Ke 11 Kor Armor Diraja (11 KAD) ditutup secara rasminya oleh Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah pada 29 Mac 2018.

Latihan KKS yang berlangsung di Lapangsasar Asahan, Kem Syed Sirajuddin, Gemas yang bermula sejak 21 Mac 2018 yang lalu dengan objektifnya untuk menguji tahap kesiagaan aset dan kecekapan serta kemahiran anggota.

Ketibaan Panglima 3 Div dengan memandu sendiri kenderaan ‘Pendekar’ ke tapak OP 3 diiringi oleh Pegawai Memerintah 11 KAD, Lt Kol Mohamad Syaibani Abu Bakar dan seterusnya Panglima 3 Div dipertontonkan dengan latihan menembak oleh krew kenderaan ‘Pendekar’.

Dalam ucapan penutupnya, Panglima 3 Div menekankan dan mengingatkan kepada semua pegawai dan anggota betapa pentingnya latihan untuk sentiasa dilaksanakan.

Hadir sama ialah Pegawai Memerintah Hospital TD Gemas, Kol (Dr) Rosli Kolob.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close
Close