4 DivBAKATKebajikanSemasa

Lawatan Kebajikan Pengerusi BAKAT 4 Div

KUALA LUMPUR: Pengerusi BAKAT 4 Div, Datin Norhayati Usul telah mengadakan lawatan ke rumah anggota yang mengalami kebakaran iaitu Kpl Shahlan Taha daripada pasukan 1 RRD pada 1 Mac 2018.

Menurut anggota tersebut, kebakaran pada jam 1130 pagi semalam itu berjaya dikawal dan dipadamkan oleh penghuni berdekatan dan punca kebakaran masih disiasat pihak RKAT Kem Wardieburn.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kebakaran yang berlaku lebih kurang 10 minit itu menurut anggota yang mempunyai anak seramai empat orang dan isterinya adalah surirumah sepenuh masa.

Anggota telah diberikan sebuah rumah lain di Blok G3A sebagai ganti oleh Pegawai Perumahan 12 Bgd, Mej (KM) Ahmad Johari.

Turut hadir Pegawai BAKAT 12 Bgd, Kapt Siti Nor Madiha Mohd Shamshudin.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close
Close