3 DivHUTSemasa

Pembacaan Perutusan Hari Tentera Darat Ke-85 Peringkat 3 Div

MELAKA: Seramai 35 pegawai dan 153 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terdiri dari gabungan Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (MK 3 Div) dan Trup-trup 3 Div dalam Kem Terendak mengambil bahagian di dalam Perbarisan Pembacaan Perutusan Hari Tentera Darat Ke-85 di perkarangan MK 3 Div pada 1 Mac 2018.

Pegawai Memerintah 73 Batalion Ordnans Diraja, Lt Kol Sakri Hussain diberi penghormatan selaku Pegawai Tabik Hormat dan seterusnya membacakan Perutusan Hari Tentera Darat Ke-85.

Perbarisan yang diketuai oleh Penolong Pegawai Memerintah 3 Rej KPTD, Mej Mohd Yus Maizan Yaakub, turut dihadiri oleh Pegawai Memerintah Trup 3 Div dan pegawai staf MK 3 Div.

Gambar: Pbt Noor Atirah Abu Seman

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close
Close