1 DivSemasa

Panglima 1 Div Lawat Program Jiwa Murni ROP

SARAWAK: Panglima 1 Div, Mej Jen Datuk Stephen Mundaw, melakukan lawatan ke kawasan PJM ROP Sg Baram di Rh George Ijus Jawa Pengelayan pada 7 dan 8 Mac 2018.

Program ini bermula pada 2 Mac sehingga 8 Mac 2018 di kawasan pedalaman Sungai Baram yang bermula dari Long Lama hingga ke Marudi, Miri ini telah disertai seramai enam pegawai dan 19 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari gabungan unit di bawah 9 Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Bgd) dan Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div).

Program ini merupakan salah satu inisiatif agensi kerajaan dalam memberi keprihatinan kepada rakyat di kawasan pendalaman serta meninjau situasi hidup di dalam kawasan pendalaman.

Terdapat beberapa perkhidmatan dan aktiviti yang diberikan kepada rakyat di kawasan Sungai Baram antaranya ialah Pemeriksaan Kesihatan, Rawatan Pergigian, dan juga program Keluarga Angkat juga turut diadakan bagi mengenali budaya serta mengeratkan hubungan di kalangan tentera, agensi dan rakyat tempatan di kawasan Sungai Baram.

Di antara laluan dan kawasan Sungai Baram yang akan dilalui oleh Tim ROP kali ini adalah di Long Puak/Uma Akeh, Long Banyok, Long Ikang, Longan Sibong, Kuala Tutoh, Benawa, Asam Paya dan berakhir di Pengelayan.

Program yang dianjurkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia ini turut dihadiri oleh agensi-agensi kerajaan yang lain yang mampu menjalinkan perhubungan yang erat sesama yang turut terlibat sama seperti PMS, Bomba, JPN, Residen Miri, Pejabat Daerah Telang Usan, Jabatan Penerangan Negeri, PDRM, RTM serta KKM.

Dalam ucapannya, beliau berharap aktiviti seperti ini harus diteruskan di kawasan pendalaman yang lain supaya sebarang bentuk bantuan dapat diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Turut hadir Panglima 9 Bgd, Brig Jen Dato’ Dzulkafli Haji Mustaffa.

Gambar: Pbt Aizat

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close