3 DivHUTSemasa

MMR Wisma Bintara Gabungan 3 Div

MELAKA: Seramai 272 orang ahli Wisma Bintara Gabungan 3 Divisyen (3 Div) bersama pasangan menghadiri Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) Wisma Bintara Gabungan 3 Div yang diadakan di Bayou Lagoon Resort pada 30 Mac 2018.

Majlis ini diadakan sebagai sebahagian aktiviti Wisma Bintara Gabungan 3 Div meraikan Sambutan Hari Tentera Darat Ke-85 dan juga sempena Hari Ulang Tahun 3 Div Ke-41 pada tahun 2017 yang lalu.

Ketua Staf MK 3 Div, Kol Zambery Jefry Darus selaku Penaung Wisma Bintara Gabungan 3 Div, dalam ucapannya turut menyeru agar kepada semua agar aktiviti bersifat rejimental sebegini tidak diabaikan yang mana pelbagai aktiviti sosial juga perlu sentiasa dilakukan bagi mengeratkan lagi hubungan sesama ahli wisma.

Majlis kali ini turut menjadi platform untuk Bintara Muda yang baru menjadi ahli wisma, terlibat sepenuhnya dalam pengurusan dan penganjuran majlis rejimental.

Turut hadir Penasihat Wisma Bintara Gabungan 3 Div, Lt Kol Helmi Ismail, SMR 3 Div, PW I Mazlan Osman, dan Yang Dipertua Wisma Bintara Gabungan 3 Div, PW ll Norizan Nor Isham.

Gambar: Kpl Mohd Hafiz Hamzah

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close