LatihanSemasa

Majlis Penutup Pertandingan Menembak Perajurit Muda Lelaki

NEGERI SEMBILAN: Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) telah melaksanakan Majlis Penutup Pertandingan Menembak Perajurit Muda (PM) Lelaki Siri 185/17 dengan penuh semangat dan komitmen yang tinggi daripada semua PM yang terlibat pada 5 Mac 2018.

Pertandingan ini adalah lanjutan daripada latihan yang perlu dijalani oleh setiap PM sebagai latihan asas ketenteraan yang harus dimiliki dan sebagai pendedahan awal kepada mereka dimana Kompeni Charlie telah memenangi pertandingan menembak ini secara keseluruhan.

Acara penyampaian hadiah dan penutup telah disempurnakan oleh Komandan PUSASDA, Kol Khairul Azmizal Ahmad Natal.

Dalam ucapan Komandan, beliau menegaskan betapa pentingnya setiap PM mempunyai skil pengendalian senjata dan menembak yang baik sebagai persiapan bagi melahirkan seorang anggota tentera yang berkaliber dan kompeten di masa hadapan demi Tentera Darat.

Sekali lagi tahniah diucapkan kepada Kompeni Charlie di atas kemenangan Pertandingan Menembak Perajurit Muda Lelaki Siri 185/17.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close