4 DivBersama PemimpinSemasa

Lawatan Perkasa Perwira MENHAN Ke 4 Div

KUALA LUMPUR: Sempena Siri Jelajah Perkasa Perwira, Menteri Pertahanan Malaysia (MENHAN), Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein meluangkan masa beramah mesra bersama 1000 warga naungan 4 Div yang hadir meraikan lawatan beliau di Dewan Dato’ Othman Harun pada 27 Mac 2018.

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Tentera Darat dan ucapan oleh MENHAN. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan agar prasarana yang diwujudkan hendaklah dimanfaatkan dengan baik dan beliau juga berkehendakkan warga tentera mampu memberikan sokongan padu kepada beliau agar beliau mampu membawa organisasi menjadi lebih baik setaraf dengan ketumbukan tentera negara lain.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima 4 Div, Mej Jen Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi, Panglima 11 Bgd, Brig Jen Toh Choon Siang, Pengerusi BAKAT 4 Div, Datin Norhayati Usul, Pengerusi BAKAT Gabungan 4 Div, Syarifah Hussain.

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close