Bersama PemimpinMINDEFSemasa

Kunjungan COGS Vietnam Ke Atas PAT

KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menerima lawatan rasmi Chief of General Staff (COGF) Vietnam People’s Army Merangkap Deputy of National Defence di Wisma Pertahanan pada 6 Mac 2018.

Terdahulu ketibaan beliau disambut oleh PAT lalu Senior Lieutenant General Phan Van Gang menerima tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai Mej Saiful Amir Omar serta diiringi Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja.

Selesai acara KKU, beliau membuat kunjungan hormat kepada PAT, tujuan kunjungan beliau adalah sempena Lawatan Rasmi selama dua hari ke Malaysia dan berkesempatan membuat kunjungan hormat ke atas rakan sejawatannya, selain untuk mengukuhkan lagi hubungan kerjasama ketenteraan yang sedia terjalin dalam mengawal keselamatan negara dan serantau di antara kedua-dua negara.

PTD bersalaman dengan Chief of General Staff Vietnam People’s Army Merangkap Deputy of National Defence sebelum beredar dari Wisma Pertahanan

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affandi Buang TUDM, Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Anuwi Hassan.

[srizonfbalbum id=163]

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close