Bersama PemimpinMK TDSemasa

Kunjungan Hormat COAS, PA General Qamar Javed Bajwa Ke Atas PTD

KUALA LUMPUR: Chief Of Army Staff, Pakistan Army General Qamar Javed Bajwa melakukan Kunjungan Hormat ke atas rakan sejawatnya Panglima Tentera Darat (PTD) Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim sempena lawatan rasmi beliau ke Malaysia di Wisma Pertahanan pada 29 Mac 2018.

Sebaik sahaja tiba di Perkarangan Wisma Pertahanan, General Qamar Javed Bajwa disambut oleh PTD lalu menerima tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) terdiri daripada tiga pegawai serta 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Mej Izham Ahmad Rashidi serta diiringi Pancaragam Pusat RAMD.

Selesai acara KKU, beliau dibawa ke Pejabat PTD bagi seisi Kunjungan Hormat dan seterusnya PTD mengiringi beliau bertemu Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Hishammudin Tun Hussein.

Kunjungan selama empat hari bermula 27 hingga 30 Mac 2018, merupakan siri lawatan rasmi beliau ke Malaysia dalam mengukuhkan hubungan kerjasama ketenteraan yang sedia terjalin antara Pakistan Army dan Tentera Darat Malaysia khasnya dan Angkatan Tentera Malaysia amnya.

Serba ringkas keperibadian General Qamar Javed Bajwa, beliau dilahirkan pada 11 Nov 1960 di Karachi, Sindh, Pakistan dan menceburi bidang ketenteraan pada tahun 1978 dan dilantik menjadi Chief Of Army Staff, Pakistan Army pada 28 Nov 2016.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi dan Pegawai-pegawai Kanan dari Markas Tentera Darat.

Gambar: PW 2 Mohd Shahril Mat Ali dan Saifun Hakimi Zainon

 

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close