BAKATHUTSemasa

Hari Ulang Tahun 74 BN KPD Ke-26

KUALA LUMPUR: Seramai tiga pegawai dan 110 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Perbarisan Hari Ulang Tahun 74 BN Kor Perkhidmatan Diraja Ke-26 yang disempurnakan oleh Pegawai Memerintah 74 BN KPD, Lt Kol Nasarudin Mansor di Padang Kawad Pasukan pada 23 Mac 2018.

Perbarisan diketuai oleh Mej Hanisah Hasim melibatkan dua kontijen yang diketuai Kapt(UST) Firdaus Mohd Yusof manakala kontijen kedua pula diketuai oleh Kapt Mohd Rizal Che Hassan dan turut diadakan acara pemakaian pangkat kepada empat anggota LLP 74 BN KPD.

Pada hari yang sama, Pengerusi BAKAT 74 BN KPD, Rusnani Harun turut mengadakan Mesyuarat Agong yang dihadiri seramai 40 ahli BAKAT di Dewan D’Smenggors.

Selesai aktiviti mesyuarat ahli-ahli BAKAT turut mengadakan lawatan kebajikan ke rumah anggota sebagai tanda mengeratkan hubungan silaturahim selain berkongsi masalah yang dihadapi keluarga masing-masing.

Lanjutan dari sambutan HUT 74 BN KPD, keesokan harinya telah diadakan acara Senamrobik melibatkan warga 74 BN KPD bersama keluarga dan sebelah malam pula turut diadakan Majlis Apresiasi sebagai tanda penghargaan buat warganya yang sama-sama berusaha untuk menjayakan aktiviti sambutan HUT 74 BN KPD Ke-26.

Gambar: Sjn Maizal Ramli

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Lihat juga

Close
Back to top button
Close