HUTSemasa

Hari Tentera Darat Ke-85 Peringkat 31 Bgd

SARAWAK: Seramai 18 pegawai serta 195 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) daripada pasukan-pasukan di bawah naungan 31 Briged terlibat dalam Perbarisan Sempena Hari Tentera Darat Ke-85 yang disempurnakan oleh Panglima 31 Bgd, Brig Jen Dato’ Hj Fadzil Tajudin bertempat di Padang Kawad Tiga Junaco Park, Sibu pada 1 Mac 2018.

Perbarisan diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan, Lt Kol Rokaib Ahmad yang mana sambutan pada kali ini berpandukan kepada lima teras yang berlandaskan kepada konsep Tentera Darat Satu Kerana Bersatu.

Dalam ucapan Panglima Tentera Darat yang disampaikan oleh Panglima 31 Bgd, beliau menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong dan menghulurkan kerjasama kepada Tentera Darat Malaysia. Beliau juga turut mengingatkan tentang pengorbanan dan perjuangan mereka-mereka yang terdahulu untuk mendapatkan keamanan serta kemakmuran yang dikecapi pada hari ini.

Selain itu, turut diadakan acara pemakaian pangkat kepada 1124169 Kpl Alex Dungun yang mana dinaikkan ke pangkat Sjn dan 1165852 Lkpl Mohd Safuan Misman dinaikkan pangkat ke Kpl. Perbarisan diakhiri dengan jamuan ringan dan acara pemotongan kek sebagai simbolik sempena sambutan Hari Tentera Darat yang ke-85.

Hadir bersama Lt Kol Mohd Zaini Hashim, Ketua Staf MK 31 Bgd dan Pegawai-pegawai pemerintah pasukan di bawah naungan 31 Bgd.

Gambar: Kpl Sharulnizam Sadri

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close
Close