LatihanSemasa

Eks Stallion Swing Mantapkan Warga 10 KPD (Para)

SELANGOR: Seramai seorang pegawai dan 17 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari 10 Kor Perkhidmatan Diraja (Para) terlibat dalam Eksesais Stallion Swing 1/18 di mana Pangkalan Udara Subang dijadikan sebagai Mounting Base dari 16 hingga 21 Mac 2018.

Eks ini merupakan salah satu pelaksanaan latihan simulasi dan Live Drop bagi membekal, menghantar, menguji dan mentauliah dua buah Bot Airdroppable Rescue Survival System (ADRSS) beserta alatan sokongan oleh TUDM dan dua Muatan Heavy Equipment (HE).

Latihan guguran udara ini melibatkan muatan empat Heavy Equipment (HE) dan digugurkan menggunakan pesawat C130H dari No 20 Skn TUDM di Zon Gugur Gong Kedak, Terengganu (simulasi) dan Zon Gugur Sg Besar, Kuala Selangor (ADRSS).

Pelaksanaan latihan ini merupakan persiapan pasukan bagi menghadapi Eks Coupe Taufan 1/18 yang akan dilaksanakan pada bulan Jul 2018 di Kuantan.

Selain dari persiapan menghadapi Eks Coupe Taufan 1/18 ianya juga adalah untuk mengekalkan kepakaran (competency) anggota Hantaran Udara (HU) bagi kesiagaan 10 Briged (Para) dalam mengekalkan Air Mobility yang merangkumi bantuan logistik udara.

Gambar : LKpl Khairi Khalid

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close