LatihanSemasa

Eks Satria Gagah Uji Kesiapsiagaan 8 Bgd

KELANTAN: Seramai 48 pegawai dan 80 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pasukan di bawah naungan Briged Kelapan Infantri Malaysia terlibat dalam Eksesais Satria Gagah Peringkat 8 Bgd di Dewan Hamid Bidin bermula dari 10 hingga 16 Mac 2018.

Eksesais ini dirasmikan oleh Panglima 2 Div, Mej Jen Mohd Ramli Jaafar yang bertujuan untuk menilai tahap keupayaan pasukan dalam merancang tindakan yang seharusnya dilakukan dalam situasi peperangan sebenar.

Dalam ucapan penutup eks oleh Panglima 2 Div, beliau mengucapkan tahniah kepada semua pelaku dan staf pengendali yang terlibat kerana telah memanfaatkan ruang dan peluang seterusnya memperbaiki kelemahan yang telah dikenal pasti.

“Saya berharap agar eks seperti ini dapat dilaksanakan lebih kerap pada masa hadapan supaya setiap pegawai dan anggota dapat memahami akan peranan dan tugas hakiki dalam mengaturgerak trup, persenjataan dan logistik TD,”ujar beliau.

Turut hadir Panglima 6 Bgd dan Pengarah POP TD.

Gambar: Kpl Mohd Hafiz Che Hanafi

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close