LatihanSemasa

Eks River Crossing Operation Memantapkan lagi Ketumbukan 10 Bgd (Para)

JOHOR: 10 Skn RAJD (Para) dengan kerjasama dari 4 Skn RAJD (Jn) telah melaksanakan latihan di kawasan am Pagoh, Muar mulai 19 Mac hingga 25 Mac 2018.

Tujuan latihan ini dilaksanakan adalah untuk menguji tahap kesiagaan ketumbukan ini bersama formasi lain yang turut disertai oleh 17 RAMD (Para), 1 RAD (Para), Komp Bantuan (Para) 361 Bti RAD (Para), 10 Skn RSD (Para), Komp Perubatan (Para), 10 Komp KPD (Para), 10 KPTD (Para) dan 14 RAMD (Mek).

Eks ini bermula dengan latihan pemanduan malam dan kemasukan unit-unit afilasi ketempat yang perlu dituju sebelum melaksanakan latihan perairan ini.

Terdapat tiga jenis lokasi penyeberangan yang digunakan iaitu Portable Floating Platform (PFP), Catamaran dan Tactical Floating Bridge (TFB).

Selepas penyeberangan 17 RAMD (Para) dengan pelindungan rusuk oleh Komp Bantuan (Para) telah membersihkan objektif sebelum melaksanakan penyerahan tugas kepada 14 RAMD (Mek) untuk meneruskan latihan.

Latihan yang mengabungkan pelbagai elemen ini menguji anggota dari pelbagai aspek bagi melatih mereka agar bersedia dalam apa jua keadaan.

Gambar : Kpl Muhamad Qoyyu Mat Ali

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close