Semasa

Balu Bekas Anggota Gerak Khas Terima Kunci Rumah

MELAKA: Panglima 21 Grup Gerak Khas, Mej Jen Datuk Hasan Ali bersama mantan Panglima 21 GGK, Mej Jen Datuk (B) Zolkopli Hashim menyerahkan kunci rumah dalam Majlis Menyerah Kunci Rumah Kepada Balu Bekas Anggota Gerak Khas sempena Projek Jiwa Murni 21 GGK di Kg Berangan 6 Jasin pada 9 Mac 2018.

Penyerahan rumah yang berkeluasan 42 kaki kali 43 kaki itu bernilai RM 80,000 dan diserahkan kepada balu Allahyarham PW II (B) Rejab Mahmad bagi mengenang jasa serta sumbangan Allahyarham kepada Gerak Khas semasa berkhidmat.

Rumah ini telah dibina oleh anggota RAJD MK Gar Mersing, Rejimen 21 Komando dan PULPAK sejak dari 2 Okt 17 sehingga siap sepenuhnya pada 9 Mac 18.

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close