4 DivBAKAT

BAKAT 4 Div Gabungan Anjur Program Kesihatan

KUALA LUMPUR: BAKAT Gabungan 4 Div telah menganjurkan Program Kesihatan bersama Jabatan Kesihatan Pergigian Zon Titiwangsa bertempat di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK), Desa Tun Hussein Onn pada 22 Mac 2018.

Program ini melibatkan seramai 80 orang terdiri dari ibu bapa, Pelatih PPDK, ahli BAKAT, Pegawai Pergigian, termasuk para Petugas PPDK dan ianya merupakan salah satu Program Dedicated Team Promosi yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Dan Putrajaya bagi Zon Titiwangsa, merangkumi pemeriksaan, rawatan dan promosi kesihatan pergigian kepada Pelatih-pelatih PDK, Petugas, ibu bapa serta penjaga.

Objektif program ini agar dapat memberi kesedaran kepada pelatih, petugas dan juga ibu bapa dan penjaga mengenai penjagaan kesihatan pergigian dan pencegahan penyakit pergigian.

Majlis dimulakan sejurus ketibaan Pengerusi BAKAT 4 Div, Datin Norhayati Usul menandatangani buku lawatan dan memberi ucapan perasmian majlis.

Turut hadir, Puan Loeng Ay Yong, Pengerusi BAKAT 11 Bgd, Puan Melorwati Sapari, Pengerusi BAKAT 12 Bgd, Pengerusi BAKAT 4 Div (GABUNGAN), Puan Syarifah Hussain, Puan Aspalila Abdullah, Timbalan Pengerusi BAKAT 4 Div (GABUNGAN).

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close