Semasa

9 Bgd Laksana Program Jiwa Murni ROP

SARAWAK: Seramai enam pegawai dan 19 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Bgd) melaksanakan program Mobile Outreach Programme (ROP) di Uma Akeh pada 4 Mac 2018.

Program ini bertujuan untuk memberikan perkhidmatan secara percuma kepada penduduk-penduduk di sekitar kawasan Sungai Baram yang mana melibatkan agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Residen Miri, Pejabat Daerah Telang Usan, PMS, Bomba, JPN, PDRM, RTM serta KKM.

Antara perkhidmatan yang dilaksanakan oleh pihak 9 Bgd ialah pemeriksaan kesihatan, rawatan pergigian, pemeriksaan mata serta penyediaan sajian kepada petugas dan penduduk.

Selain itu juga diadakan gotong royong memasak bersama penduduk mendapat sambutan yang yang amat baik daripada penduduk setempat.

Turut hadir Pegawai Kewangan Persekutuan Sarawak, En Mohd Saiful Sungkih Abdullah dan Ketua Kaum Uma Akeh, En Anthony Ngau.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close