Semasa

9 Bgd Laksana PJM River Outreach Programme (ROP)

SARAWAK: Seramai enam pegawai dan 19 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) melaksanakan program Mobile Outreach Programme (ROP) Sungai Baram di Kuala Tutoh pada 7 Mac 2018.

Program ini bertujuan untuk memberikan perkhidmatan secara percuma kepada penduduk-penduduk di sekitar kawasan Sungai Baram, dimana program ini juga melibatkan agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Residen Miri, Pejabat Daerah Telang Usan, PMS, Bomba, JPN, PDRM, RTM dan JKM.

Antara perkhidmatan yang dilaksanakan oleh pihak 9 Bgd ialah pemeriksaan kesihatan, rawatan pergigian, pemeriksaan mata serta penyediaan sajian kepada petugas dan penduduk.

Selain itu, juga diadakan program anak angkat dan gotong royong memasak bersama penduduk dan ternyata program ini mendapat sambutan yang amat baik daripada penduduk setempat.

Turut hadir Penghulu Kuala Tutoh, Herbert Lawai Epoi, dan Ketua Kaum Kuala Tutoh Victor Wak Pasok.

Gambar: Sjn Kessidy

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close