71 RSD Anjur Eks Pasak Bumi Siri 1/2018

PERAK: Seramai 27 pegawai dan 166 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (MK PMBTD), 71 Rejimen Semboyan Diraja (71 RSD), Markas Staf Stesen Sungai Besi (MSSSB) dan Cawangan Perumahan Sungai Besi (CPSB) terlibat dalam Eksesais Pasak Bumi Siri 1/2018 di sekitar Sungkai hingga Slim River dari 5 hingga 10 Mac 2018.

Pasukan penganjur adalah dari 71 RSD dengan kerjasama MK PMBTD di mana objektif eksesais adalah untuk mempertingkatkan daya pemerintahan dan kawalan pegawai, PTT Kanan dan PTT Rendah di peringkat Kompeni, Platun serta Seksyen.

Eks ini dilaksanakan dengan pergerakan secara taktikal sejauh 25 kilometer dengan perjalanan selama lima hari.

Majlis perasmian eks disempurnakan oleh Ketua Staf Am MK PMBTD, Mej Jen Dato’ Tengku Ahmad Noor Tuan Chik yang telah memberi kata-kata semangat dan panduan bagi memastikan kelancaran eksesais.

Peserta dibahagikan kepada 12 Seksyen dan dilepaskan di titik mula yang berlainan dalam kawasan FELDA Sungai Klah dan cabaran eks bertambah dengan cuaca yang tidak menentu telah menguji daya tahan fizikal dan mental peserta.

Pada masa sama, KS Am MK PMBTD dan Pegawai Memerintah 71 RSD, Lt Kol Hamdan Abdul Rahman turut serta menghabiskan seluruh perjalanan bersama pegawai dan anggota sehingga penamat.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close
Close