SemasaTrup TD

Upacara Mengarak Tim UKMHK 10 Bgd (Para)

MELAKA: 10 Bgd (Para) (TP TD 1) telah muncul sebagai juara keseluruhan dalam pertandingan Ujian Kemahiran Merentas Halangan Dan Kawad (UKMHK) Tentera Darat 2018 yang diadakan pada 19 Feb hingga 23 Feb 18 di Kem Perdana, Sungai Besi.

Kategori Tempur diwakili oleh 8 RRD (Para) telah mendapat tempat kedua manakala bagi Bantuan Tempur diwakili oleh 1 RAD (Para) mendapat tempat kedua dan Bantuan Khidmat diwakili oleh 10 KPD (Para) telah mendapat tempat pertama.

Bagi menghargai semangat juang dan usaha gigih Tim yg meraih kejuaraan, mereka telah disambut oleh Panglima dan seluruh warga 10 Bgd (Para) dengan perarakan dari pintu utama Kem Terendak sehingga ke Padang Kawad 8 RRD (Para) dengan diiringi pancaragam gabungan.

Panglima 10 Bgd (Para), Brig Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim ketika berucap melahirkan rasa bangga atas kejayaan yang mengharumkan nama 10 Bgd (Para) dalam pertandingan yang berprestij itu.

Beliau turut mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Tim serta berharap kejayaan ini akan menyuntik semangat kepada warga lain untuk turut sama mengejar kecemerlangan.

Gambar: SSjn Nazri Sebari

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close
Close