SemasaTrup TD

Program Jiwa Murni di Semporna

SABAH: Seramai lima pegawai dan 31 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) dan Kapal Diraja (KD) Sri Semporna berganding bahu bersama masyarakat tempatan dalam Program Jiwa Murni di Pulau Gusungan pada 18 Feb 2018.

Program yang dilaksanakan di Pulau Gusungan pada sebelah pagi merupakan pemberian barangan berupa pakaian dan bantuan perubatan manakala program di Kg Tagasan bermula dengan solat asar berjemaah serta gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran masjid dan tanah perkuburan.

Menurut Komandan PULPAK, Kol Adi Ridzwan Abdullah, program sebegini merupakan medium yang baik untuk ATM dalam mendekati masyarakat di samping menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan kerana tugas dan tanggungjawab ATM bukan sahaja menjaga keamanan negara tetapi memastikan keharmonian aktiviti kemasyarakatan bagi menjamin kesejahteraan penduduk.

Program diakhiri dengan pemberian sumbangan berupa barangan dapur kepada masyarakat setempat.

Turut hadir, Pegawai Memerintah KD Semporna, Kepten Hj Muhammad Rodhi Ariffin TLDM.

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close