HUTMK Latihan & DoktrinSemasa

Program Derma Darah sempena HUT PLDTD Ke-24

NEGERI SEMBILAN: Program Derma Darah sempena Hari Ulang Tahun (HUT) Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (PLDTD) ke-24 telah dilaksanakan bertempat di Hangar Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) anjuran bersama Pusat Darah Negara dan MK PLDTD pada 15 Feb 2018.

Seramai 75 pegawai dan 1,146 Lain Lain Pangkat (LLP) mendaftar dalam program tersebut terdiri daripada staf MK PLDTD serta jurulatih dan penuntut pusat latihan di bawah naungan PLDTD Zon Port Dickson (PD) termasuk juga MK Staf Stesyen PD dan Muzium TD.

Program ini merupakan usaha PLDTD khusus dalam membantu memenuhi keperluan Pusat Darah Negara.

Gambar: Kpl Mohd Firdaus Alias

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close