Semasa

PMB TD Adakan Lawatan Kerja Ke MALBATT 850-5 Lubnan

LUBNAN: Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMBTD), Lt Jen Datuk Azizan Md Delin telah membuat lawatan kerja ke Lubnan di Kem Marakah mulai 12 hingga 16 Feb 2018.

PMB TD berkesempatan berjumpa dengan pegawai dan anggota MALBATT 850-5 yang mana majoriti keanggotaan adalah dari Pemerintahan Medan Barat.

Lawatan kerja ini juga bagi melihat kesesuaian atur gerak operasi masa kini di dalam misi PBB terutama dalam penggunaan kenderaan darat serta melihat kesesuaian penglibatan wanita dalam misi ini.

PMB TD juga telah membuat kunjungan hormat kepada Mej Gen Michael Beary, Komander UNIFIL di Kem Naqoura dan Brig Gen Rodolfo Sganga, Komander Sektor Barat di Kem Shama.

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close