PenghargaanSemasa

Perbarisan Penghargaan Mej Jen Dato’ Hj Abd Halim Othman

NEGERI SEMBILAN: Seramai 15 pegawai dan 169 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja (KJLJD) terlibat dalam Perbarisan Penghargaan Mej Jen Dato’ Hj Abd Halim Othman diiringi Pancaragam Pusat Kor Armor Diraja (KAD) di Padang Kawad IJED pada 22 Feb 2018.

Terdahulu dari itu, Mej Jen Dato’ Hj Abd Halim Othman menerima tabik hormat terakhir dari kontijen perbarisan yang terdiri daripada empat detasmen diketuai oleh Lt Kol Ramli Johari bertujuan sebagai tanda penghormatan menghargai jasa yang telah dicurahkan oleh beliau selama 41 tahun 10 hari berkhidmat di dalam ATM amnya dan TD khasnya.

Dalam ucapannya, beliau mengucapkan terima kasih kepada Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim yang sudi hadir dalam perbarisan penghargaan tersebut serta kepada TD atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada beliau semasa berada didalam perkhidmatan.

Sebagai salah seorang pegawai kanan dalam KJLJD, adalah menjadi hasrat saya untuk melihat teraju kepimpinan kor terus unggul serta memainkan peranan yang lebih relevan kepada TD dalam memberi bantuan logistik.

Sesungguhnya KJLJD akan terus mendukung wawasan dan matlamat yang disasarkan oleh TD di bawah kepimpinan PTD.”

Pada masa yang sama PTD turut memberikan ucapan balas dengan mengatakan beliau berbangga dan berterima kasih kepada Mej Jen Dato’ Hj Abd Halim Othman bagi pihak TD atas perkhidmatan serta jasa yang telah dicurahkan dengan penuh kesetiaan dan pengorbanan yang tanpa berbelah bahagi.

Turut hadir Panglima Latihan TD, Mej Jen Dato’ Wira Md Tajri Alwi, Pengerusi KJLJD, Mej Jen Dato’ Hanafiah Jaafar, Panglima 1 Bgd, Brig Jen Dato’ Hj Reduan Hj Omar dan Pengarah KJLJD, Brig Jen Ir. Hj Najmuddin Hj Ja’afar.

Gambar: SSjn Vijay Gaundar Arikrishnan

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close