2 DivHUT

Perbarisan HUT 2 Div Ke-49

KEDAH: Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Div) telah melaksanakan Perbarisan Hari Ulang Tahun (HUT) 2 Div Ke-49 yang disempurnakan oleh Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar di Padang Kawad Rejimen ke 3 Kor Armor Diraja, Kem Lapangan Terbang pada 9 Feb 2018.

Perbarisan kali ini diadakan secara statik yang terdiri dari 31 pegawai dan 594 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang dibahagikan kepada lima kontinjen iaitu kontinjen 2 Bgd, 6 Bgd, 8 Bgd, 30 Bgd dan Trup Div yang diketuai oleh Pegawai Memerintah 72 Batalion Kor Ordinan Diraja (72 BOD), Lt Kol Azlan Mustaffa.

HUT 2 Div ke-49 ini diserikan lagi dengan majlis penyampaian Sijil Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Inovasi Tentera Darat Tahun 2017 dengan didahului oleh 2 RAMD Johan bagi kategori KIK Pengurusan, 7 Skn RAJD Johan bagi kategori Anugerah Pengiktirafan, 72 Workshop Div Johan bagi kategori Hibrid, Rej 513 AW Naib Johan bagi Kategori Inovasi Pengurusan Kewangan dan tempat Ketiga bagi kategori Inovasi Pengurusan Sumber dan 72 Batalion Kor Perkhidmatan Diraja tempat Ketiga Bagi Kategori KIK Pengurusan.

Dalam ucapan Panglima 2 Div menegaskan bahawa sambutan dalam bentuk perbarisan adalah simbolik dan manifestasi kita untuk mengekalkan tradisi dan adat resam di samping kita mengingati jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh generasi terdahulu.

Turut hadir Panglima 2 Bgd, Brig Jen Datuk Mohd Nizam Hj Jaafar, Panglima 6 Bgd, Brig Jen Abdul Aziz Hj Ismail, Panglima 8 Bgd, Brig Jen Dato’ Nazari Abdul Hadi, Panglima 30 Bgd, Brig Jen Hashim Aman Shah, Komander Artileri Divisyen 2 Div, Kol Mohd Rawa Hj Seman, Ketua Staf 2 Div, Kol Noorrul Azril Ariffin, Pegawai-Pegawai Memerintah dan Pemerintah pasukan naungan 2 Div, BAKAT 2 Div serta para veteran Tentera Darat.

Gambar: Kpl Md Shukor Md Soleh dan LKpl Suhaimi Ahmad

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close