Semasa

Penutup Kursus Asas Payung Terjun dan LSK Kursus Pandu Udara

TERENGGANU: Seramai enam pegawai dan 78 Lain Lain Pangkat (LLP) berjaya menamatkan Kursus Asas Payung Terjun Siri APT/1/18 serta seramai 16 LLP juga menamatkan Latihan Sambil Kerja (LSK) Kursus Pandu Udara Siri PU/1/17 dalam majlis yang sama bertempat di Pangkalan Udara Gong Kedak pada 9 Feb 2018.

Majlis Pemakaian Sayap Penerjunan Asas dan penyampaian sijil kursus bagi kedua-dua kursus disempurnakan oleh Komandan Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK), Kol Adi Ridzwan Abdullah.

Latihan penerjunan ini telah dilaksanakan selama satu minggu mulai 3 sehingga 9 Feb 2018 di Drop Zone (DZ) Gong Kedak dengan penerjunan daripada pesawat jenis C130H dari 20 Skuadron TUDM.

Pada masa yang sama, latihan penerjunan bebas turut dilaksanakan oleh jurulatih PULPAK melibatkan dua pegawai dan 20 LLP bagi mengekalkan tahap kesiagaan.

Gambar: SSjn Zulkarnain

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close