4 DivSemasa

PAT Jumpa Warga 4 Div

Masa Hadapan Warga Tentera Terjamin

KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor melakukan lawatan kerja ke Markas Divisyen Keempat Infantri Malaysia (MK 4 Div) lalu di bawa ke Dewan Dato’ Othman Harun untuk Program Sesi Dialog Bersama Warga 4 Div pada 8 Feb 2018.

Terdahulu dari itu, ketibaan beliau di perkarangan Dewan Dato’ Othman Harun disambut oleh Panglima 4 Div, Mej Jen Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi serta diperkenalkan kepada pegawai-pegawai kanan.

Dalam sesi dialog PAT yang melibatkan kehadiran 500 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di bawah naungan MK 4 Div, beliau menerangkan beberapa perkara berkaitan aspek Skim Anuiti Veteran (SAVe), Skim Berpencen 26 tahun serta Program Perumahan Kerajaan kepada anggota iaitu Satu Anggota Satu Rumah (SASAR) demi menzahirkan keprihatinan beliau akan kepentingan dan masa hadapan warga tentera apabila bersara kelak.

Program ini juga bertujuan untuk memberi penerangan lebih lanjut kepada semua peringkat anggota berkaitan inisiatif terbaru yang diperkenalkan Kementerian Pertahanan serta menerangkan polisi semasa perkhidmatan yang mana memberi banyak faedah dan kebaikan kepada anggota-anggota.

Turut hadir Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Mardzuki Muhammad, Ketua Staf Am Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Tengku Ahmad Noor Tuan Chik, Panglima 11 Bgd, Brig Jen Toh Choon Siang dan Panglima 12 Bgd, Brig Jen Abdul Malik Jiran.

Gambar: PW II Mohd Shahril Mat Ali dan LKpl Ainur Aisyah Yahaya

 

 

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close