1 DivKebajikanSemasa

Panglima 1 Div Lawat Pusat Pemindahan Mangsa Banjir

SARAWAK: Panglima 1 Div, Mej Jen Datuk Stephen Mundaw bersama Panglima 9 Bgd, Brig Jen Dato’ Dzulkafli Hj Mustaffa turun melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan SJK Tong Ah Selangau dan Pusat Pemindahan Dewan Masyarakat Kuala Belingian, Mukah pada 7 Feb 2018.

Lawatan ini bertujuan untuk melihat keadaan situasi semasa pusat pemindahan dan mengenalpasti bantuan dan khidmat yang boleh diberikan dalam membantu mengurangkan bebanan mangsa yang terlibat.

Antara bantuan yang diberikan oleh pihak tentera adalah membantu memindahkan mangsa-mangsa banjir ke pusat pemindahan yang didaftarkan. Selain itu, dapur medan juga turut diaturgerakkan untuk menyediakan makanan kepada mangsa banjir yang berada di pusat perpindahan banjir.

Turut serta dalam lawatan Pegawai Memerintah 3 RRD, Lt Kol Abdul Razak Hashim, Timbalan Komandan Rej 510 AW, Lt Kol Zakaria Abdul Rahman serta pegawai di bawah naungan 9 Bgd.

Gambar: Sjn Kessidy Nuwi

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close