Semasa

Pameran ATM di Paloh Meriah

JOHOR: Hampir 13,000 pengunjung telah hadir ke Pameran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang melibatkan Pameran Aset Tentera Darat, Pameran Promosi dan Kerjaya ATM yang berlangsung bertempat di pekan Paloh, Kluang selama dua hari bermula 10 hingga 11 Feb 2018.

Aset Tentera Darat yang terlibat sepanjang pameran adalah kereta perisai AV8 Gempita 8×8, Adnan, PT 91 Pendekar, MIFV, Meriam 155mm dan Meriam 105mm.

Pameran Kerjaya turut diadakan daripada Sel Promosi dan Pengambilan Rekrut TD, Tim Cawangan Tenaga Kerja Markas ATM (Bahagian Pengambilan Pegawai),Tim Pengambilan Anggota TLDM dan Tim Pengambilan Anggota TUDM.

Selain itu, Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (BPK) turut mengadakan Program Jiwa Murni iaitu Pemeriksaan Kesihatan, Mata, ENT dan Pergigian secara percuma kepada penduduk sekitar anggaran hampir 300 pengunjung berpuas hati mendaftar menerima rawatan tersebut.

Suasana pameran turut dihangatkan dengan persembahan seni ketenteraan melibatkan ketiga-tiga cabang perkhidmatan dalam ATM iatu Brassband Gabungan 3 Div oleh Pasukan 2 KAD,10 RAMD dan 24 RAMD serta persembahan Kawad Kawad Senyap oleh TLDM dan persembahan drumliner oleh TUDM.

Upacara perasmian pameran disempurnakan oleh Menteri Pertahanan Malaysia, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga merangkap Ahli Parlimen Sembrong.

Selain dapat memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang fungsi TD di waktu aman, program ini juga dilihat dapat menyemai minat yang mendalam kepada generasi muda untuk menyertai bidang ketenteraan.

Turut hadir ke Majlis Penutup Fiesta Panglima Angkatan Tentera, Panglima Tentera Darat, KSU MINDEF, Panglima 3 Div dan Panglima 7 Bgd.

Gambar: Sjn Azwan Fairuz Mat Repin

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close