Semasa

OUTREACH Karnival Tentera Bersama Rakyat

TERENGGANU: Seramai 750 Warga Tentera Darat dan 10,000 warga Negeri Terengganu hadir ke Program OUTREACH Karnival Tentera Bersama Rakyat yang dianjurkan oleh 18 RAMD (Para) telah disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Hj Ahmad Razif Abd Rahman di Padang Bola Telaga Daing, Kuala Nerus pada 3 Feb 2018.

Program ini merupakan satu program yang julung kali diadakan atas inisiatif Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dimana program ini telah mendapat sokongan yang padu daripada Pejabat Menteri Besar Terengganu, komuniti setempat, badan-badan berkanun dan pihak swasta.

Matlamat utama program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat agar lebih mengenali tugas dan kepakaran anggota tentera di Negara ini.

Oleh itu, sasarannya lebih kepada masyarakat agar dapat mengenali lebih rapat bidang kerjaya ketenteraan dan keselamatan Negara. Program ini dimeriahkan lagi dengan penyertaan pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang turut serta mengadakan pameran yang bertujuan untuk memberi ilmu dan pengetahuan kepada pengunjung.

Objektif program ini adalah untuk mendedahkan masyarakat golongan muda dan belia kepada tugas, skop kerja, peralatan dan aktiviti ketenteraan Negara.

Selain itu ia dapat memberi ruang kepada masyarakat untuk beramah mesra, mengeratkan dan mengenali dengan lebih rapat keanggotaan ATM terutamanya Tentera Darat Malaysia (TDM).

Disamping itu, ia juga merupakan satu langkah dan usaha untuk menarik minat belia menyertai bidang ketenteraan untuk berbakti dan berkorban demi Negara.

Pengisian utama program ini ialah Pameran kerjaya, pameran aset-aset, tentera, Program Senamrobik, Sukan rakyat, Jamuan Rakyat, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Program Jom Makan Durian, Program Ziarah Kasih Tentera bersama Menteri Besar, Battle Of The Band, Pemeriksaan Kesihatan dan Derma Darah serta lain-lain lagi.

Turut hadir ialah Panglima Briged, Brig Jen Dato’ Nazari Abd Hadi, Pegawai Daerah Kuala Nerus, YM Dato’ Tengku Farouk Husin Tengku Abd Jalil.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Lihat juga

Close
Back to top button
Close