Semasa

MENHAN Bersama Warga ATM

SABAH: Majlis Ramah Mesra Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein Bersama Warga ATM telah diadakan di 7 Rejimen Askar Melayu Diraja (7 RAMD), Kem Kubota, Tawau pada 8 Feb 2018 dan Markas 5 Bgd, Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu pada 9 Feb 2018.

Majlis ini diadakan adalah bertujuan meninjau tahap kesiangan dan keselamatan dan memberi ruang kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berkhidmat di Sabah beramah mesra bersama MENHAN dengan lebih dekat.

Turut hadir semasa majlis tersebut ialah Panglima Angkatan Bersama, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Panglima Armada Timur, Panglima Angkatan Petugas 450 dan Panglima 5 Bgd.

Gambar: Pbt Gary Pangabang

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close