HUTSemasa

Majlis MMR 30 Bgd

KEDAH: Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) pegawai dan Pegawai Pasukan Naungan bersempena sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Briged Ke-30 Infantri Yang Ke-10 dan Dining In Panglima 30 Bgd telah dianjurkan di EDC Hotel UUM Sintok pada 24 Feb 2018.

Selain itu, majlis MMR ini dianjurkan bagi mengekalkan tradisi serta nilai rejimental di formasi dimana sekaligus dapat memberi pendedahan di dalam aspek perancangan, pengurusan dan pelaksanaan kepada pegawai dan isteri.

Seramai 71 pegawai yang melibatkan staf dan pegawai daripada pasukan di bawah naungan 30 Briged telah hadir bersama pasangan.

Panglima 30 Briged turut menyempurnakan upacara pemotongan kek sempena HUT 30 Bgd Ke-10 dan menyertai sesi bergambar bersama pegawai-pegawai yang hadir.

Panglima 30 Bgd juga telah mengucapkan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat kerana telah menganjurkan majlis MMR ini dengan sempurna dan jayanya.

Turut hadir Ketua Staf Mk 30 Bgd, Lt Kol Nazaruddin Ismail, Peg Mem 1 RS, Lt Kol Rosezaimee Abdullah @ Ismail, Peg Mem 5 RS, Lt Kol Muhyeddin Mohd Amin dan Peg Mem 11 RS, Lt Kol Mohd Zambari Hj Abdul Khorid.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Lihat juga

Close
Back to top button
Close