Bersama PemimpinMINDEFMK TDSemasa

Kunjungan Hormat Gen TNI Gatot Nurmantyo Ke Atas PAT

KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menerima lawatan rasmi Commander In Chief Of The Indonesian National Defence Force di Wisma Pertahanan pada 15 Feb 2018.

Terdahulu ketibaan beliau disambut oleh PAT lalu Gen Gatot Nurmantyo menerima tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai Mej Azlan Shah Baharom serta diiringi Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja.

Selesai acara KKU, beliau membuat kunjungan hormat kepada PAT dan Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Hishammudin  Tun Hussein.

Tujuan kunjungan beliau adalah sempena persaraannya pada bulan Apr 2018 selain untuk mengukuhkan lagi hubungan kerjasama ketenteraan yang sedia terjalin dalam mengawal keselamatan negara dan serantau di antara Angkatan Tentera Malaysia dan Angkatan Tentera Indonesia.

Serba ringkas keperibadian Gen Gatot Numantyo, beliau dilahirkan pada 13 Mac 1960 dan menceburi bidang ketenteraan pada tahun 1982 dan dilantik menjadi Commander In Chief Of The Indonesian National Defence Force (TNI) yang Ke-30 pada 8 Jul 2015.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Badaruddin dan Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affandi Buang TUDM.

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close