Semasa

9 Bgd Anjur Program Jiwa Murni

SARAWAK: Seramai empat pegawai dan 14 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Bgd) melaksanakan Program Jiwa Murni di Masjid Babussalam Kampung Jeriah, Sibu pada pada 27 Feb 2018.

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberikan perkhidmatan secara percuma dan mengekalkan hubungan yang baik di antara tentera dan masyarakat.

Antara perkhidmatan yang telah dilaksanakan ialah pemeriksaan pergigian dan rawatan kesihatan percuma, pameran RTBK dan pemilihan Askar Wataniah yang mana program ini mendapat sambutan yang amat baik daripada penduduk setempat.

Turut hadir bersama Timbalan Ketua Kampung, Rapian Jerian.

Gambar: Sjn Donny

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close