Semasa

30 Bgd Anjur Program Tentera Bersama Rakyat

PERLIS: Program Tentera Bersama Rakyat telah berlangsung bertempat di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad (Dataran 350) Kangar pada 11 Feb 2018.

Matlamat utama program ini ialah untuk memberi ruang kepada masyarakat bagi beramah mesra dengan anggota tentera serta mengeratkan silaturahim dan memberi pendedahan berkenaan ketenteraan kepada rakyat di samping menarik minat mereka untuk menyertai Askar Wataniah.

Program ini turut disertai oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang turut serta mengadakan pameran yang bertujuan untuk memberi ilmu dan pengetahuan kepada pengunjung.

Acara telah dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang dipimpin oleh pelajar dari jurusan Sains Sukan UITM Arau dan lawatan gerai-gerai pameran oleh orang kenamaan.

Pengisian utama program ini ialah pameran tentera, pameran jabatan kerajaan, pameran NGO dan swasta serta demonstrasi dari beberapa jabatan yang terlibat. Acara dimeriahkan lagi dengan pertandingan karaoke dan pertandingan street soccer.

Majlis penyampaian hadiah dan sijil penyertaan telah disempurnakan oleh Panglima 30 Bgd, Brig Jen Hashim Aman Shah.

Turut hadir Ketua Staf 30 Bgd, Lt Kol Nazaruddin Ismail dan Pegawai Memerintah Bn 5 RS, Lt Kol Mohyeddin Mohd Amin.

Gambar: Pbt Muhammad Iszam Ishnin

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close