Semasa

3 Bgd Mengekalkan Momentum Op Murni 2018

SARAWAK: Formasi Briged Ketiga Infantri Malaysia membantu mangsa banjir di Samarahan, Serian dan Sri Aman dalam membekalkan keperluan logistik harian seperti makanan, perubatan serta tenaga kerja pada 10 Feb 2018.

Pasukan daripada Formasi 3 Bgd iaitu 13 RAMD, 3 KPD, 4 KAD dan Tim Kesihatan 3 Bgd telah mengembalikan tenaga dalam membantu mangsa banjir selama lapan hari.

Seramai 3,481 mangsa yang telah dicatatkan, kini jumlah tersebut telah menurun kepada 533 mangsa. Penurunan ini adalah berpunca daripada faktor cuaca dan kadar paras banjir yang semakin surut.

Sebanyak 24 daripada 27 buah pusat pemindahan telah ditutup ekoran banjir yang telah melanda sejak 3 Feb 2018 yang lalu.

Tim Kesihatan 3 Bgd diketuai oleh Kapt (Dr) Vinodkumar Manogaran dari unit 10 RRD telah diatur gerakkan di SK Tanah Puteh bagi membantu mangsa yang masih kekal di pusat pemindahan.

Hasil daripada atur gerak tersebut, Tim Kesihatan 3 Bgd telah melaksanakan perkhidmatan rawatan perubatan kepada 70 mangsa banjir, 21 orang mangsa mendapat rawatan pergigian serta 20 orang mendapat suntikan vaksinasi.

Walau bagaimanapun, Formasi 3 Bgd akan terus siap siaga dalam dalam membantu mangsa banjir yang masih berada di 3 buah pusat pemindahan iaitu SK Tanah Puteh, Dewan Masyarakat Serian dan Dewan Serbaguna Kg Melayu Balai Ringin sehingga keadaan kembali pulih seperti sedia kala.

Gambar: Sjn Fridar Nyuawe

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close