Semasa

Timbalan MENHAN Lawat Kawasan OP

KEDAH: Timbalan Menteri Pertahanan (Timb Menhan), Dato’ Sri Mohd Johari Bahrum bersama Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Lt Jen Datuk Azizan Md Delin melakukan lawatan kerja ke kawasan operasi Op KOTA BRAVO/CHARLIE/DELTA pada 30 Jan 2018.

Tujuan lawatan adalah untuk memberi sokongan moral kepada anggota yang bertugas di kawasan operasi serta mendapatkan maklum balas permasalahan yang dihadapi oleh anggota dan sebagai tanda penghargaan Kementerian Pertahanan kepada anggota yang bertugas di perbatasan dalam usaha membendung jenayah rentas sempadan dan sebagainya.

Timb MENHAN memaklumkan bahawa jasa dan pengorbanan yang dicurahkan oleh anggota tentera yang sanggup bersengkang mata serta sentiasa bersiap sedia bagi memastikan negara berada dalam keadaan aman dan sejahtera begitu besar nilainya.

Beliau menambah bahawa hubungan akrab bersama unit 5 RS atau dahulunya dikenali sebagai Bn 305 Inf (AW) telahpun terjalin sekian lama kini lebih akrab selepas beliau dilantik sebagai Timb Menhan.

Delegasi Timb MENHAN telah disambutan oleh wakil kepada the 4th Army Area Commander, Maj Gen Sittiporn Musikasin, The 5th Infantry Division Commanding General, Royal Thailand Army (RTA), Kol Nikom Tonginkaew 2nd Infantry Battalion Commander, 5th Regiment RTA, the 5th Inf Regiment Commander dan pegawai-pegawai RTA di Pos Sahara.

Turut hadir Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar, Panglima 6 Bgd, Brig Jen Abdul Aziz Hj Ismail, Panglima 30 Bgd, Brig Jen Hashim Aman Shah, Kol Operasi PMBTD, Kol Mohamed Saari Omar dan Pegawai Memerintah 5 RS, Lt Kol Mohyeddin Mohd Amin.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close
Close