Semasa

7 Bgd Sertai Konvoi Kerjaya Swadaya Insan 5.0 Johor 2018

JOHOR: Tim Promosi 7 Bgd telah memenangi Anugerah Agensi Terbaik di Konvoi Kerjaya Swadaya Insan 5.0 Negeri Johor Tahun 2018 dalam majlis penutup yang disempurnakan oleh Exco Perpaduan dan Sumber Manusia Kerajaan Negeri,R.Vidyanathan pada 28 Jan 2018.

Program yang bermula 25 hingga 28 Jan 2018 itu merupakan inisiatif kerajaan negeri dalam mencapai objektifnya untuk memberi peluang pekerjaan kepada seluruh rakyat Johor.

Selain mengekalkan konsep konvoi dalam menyampaikan peluang pekerjaan, program ini juga telah berjaya menghimpunkan sebanyak 29 agensi pada tahun ini di empat lokasi iaitu Batu Pahat, Muar, Kluang dan Kota Tinggi.

Pihak ATM yang dikoordinasikan oleh MK 7 Bgd telah mengambil bahagian dalam konvoi ini dengan penyertaan dari Cawangan Tenaga Kerja (MK-ATM) untuk pengambilan Pegawai Kadet Graduan 2018, Rej 501(AW) untuk pengambilan sukarelawan Askar Wataniah dan 7 KOD untuk Pameran Peralatan Ketenteraan TD.

Program yang berlangsung selama empat hari ini dilihat dapat mendekatkan masyarakat amnya dengan ATM selain menyampaikan peluang kerjaya yang ditawarkan oleh organisasi ini.

Gambar: Sjn Pairus Azwan Mat Repin

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close