Sambutan Maulidul Rasul Sempena HUT 7 Bgd 2018

JOHOR: “Kesatuan Ummah Kesejahteraan Ummah, Keluarga Bahagia Tentera Sejahtera” adalah tajuk Ceramah Maulidur Rasul yang dipilih pada tahun ini sempena meraikan Hari Ulang Tahun (HUT) 7 Bgd Ke-47 di Dewan Mahkota, Kem Mahkota pada 13 Jan 2018.

Ceramah kali ini lebih istimewa kerana penceramah jemputan tersohor Datuk Ustaz Al-Fadhil Mohd Kazim Elias telah sudi hadir menyampaikan ceramah kepada hampir 600 warga 7 Bgd bersama keluarga. Walau dalam kedinginan cuaca, warga 7 Bgd tetap setia mendengar nasihat dan petua bagi memperoleh keharmonian rumahtangga melalui ayat suci Al-Quran untuk dipraktikkan bersama.

Di samping itu, turut menyerikan majlis adalah kehadiran daripada Panglima 7 Bgd dan isteri serta YB Dato’ Md Jais bin Sarday, ADUN Mahkota sebagai tetamu jemputan.

Gambar: Sjn Pairus Azwan Mat Repin

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Lihat juga
Close
Back to top button
Close
Close