3 DivSemasa

Perbarisan Tempur Medan Artileri Div 3 Div

NEGERI SEMBILAN: Seramai 11 pegawai dan 183 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Artileri Divisyen 3 Div terlibat dalam Perbarisan Tempur Medan Artileri Div 3 Div diketuai Penolong Pegawai Memerintah Rejimen Ketujuh Artileri Diraja, Mej Zakaria Sabu@Din di Lapang Sasar Gemas pada 19 Jan 2018.

Perbarisan turut melibatkan aset-aset kenderaan serta persenjataan Artileri Div 3 Div seperti Meriam 155mm G5, meriam 105mm PH serta Kenderaan Penarik Meriam (KPM) termasuk command vehicle.

Selain itu perbarisan ini juga merupakan penghormatan kepada Mej Jen Dato’ Nordin Hj Salleh yang baharu dinaikkan pangkat Mej Jen pada 16 Jan 2018 dan akan bertukar keluar menjawat jawatan Pengarah RAD berkuatkuasa mulai 17 Jan 2018.

Beliau telah memegang jawatan Komander Artileri Div (KAD) 3 Div mulai 7 Feb 2014 sehingga 19 Jun 2014, di mana pada 20 Jun 2014 beliau telah terpilih untuk menghadiri Kursus di United State Army War College (USAWC), Carlisle Barracks, Amerika Syarikat sehingga 18 Jul 2015 lalu pada 27 Jul 2015, beliau sekali lagi mengambil alih jawatan KAD 3 Div sehingga sekarang.

Dalam ucapan beliau, Mej Jen Dato’ Nordin Hj Salleh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga Artileri Div 3 Div di atas kerjasama dan sokongan tidak berbelah bahagi sepanjang beliau memegang tampuk pemerintahan Artileri Div 3 Div dan menasihatkan warga Artileri Div 3 Div agar sentiasa mengekalkan tahap profesional ketenteraan khususnya berkaitan pengetahuan gunnery bagi memastikan organisasi Artileri Div 3 Div sentiasa hebat.

Pada masa sama beliau juga mengingatkan kepada anggota LLP agar berkhidmat sehingga 26 tahun kerana banyak ganjaran dan faedah yang bakal diperoleh terutamanya selepas persaraan.

Gambar: Bdr Faizul Azrinnor Mohamed Baki

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close