Perbarisan Panglima 31 Bgd 2018

SARAWAK: Seramai 22 pegawai dan 232 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pasukan di bawah naungan 31 Briged terlibat Perbarisan Ulung Panglima yang diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Kelapan Rejimen Sempadan (8 RS), Lt Kol Shamsul Bahari Che Soh di Kem PLKN Junaco Park pada 31 Jan 2018.

Panglima 31 Bgd, Brig Jen Dato’ Haji Fadzil Tajudin telah menerima tabik hormat dan menyempurnakan pemeriksaan ke atas enam detesmen sempena perbarisan tersebut.

Dalam ucapannya, Panglima telah menyampaikan seruan pucuk pimpinan ATM dan TD khasnya, berkaitan halatuju transformasi nasional pertahanan TN50D yang menggariskan enam teras utama Perkasa Perwira iaitu Teras Kesiagaan, Teras Keselamatan, Teras Kebajikan, Teras Diplomasi Pertahanan, Teras PLKN 2.0 dan Teras Perumahan.

Beliau turut menyampaikan aspirasi kepimpinan dan amanatnya kepada semua warga 31 Bgd untuk menjaga nama baik Bgd ini di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan demi menjaga kedaulatan persempadanan negara sepanjang 2,019 km antara Sarawak, Sabah dan Kalimantan.

Pada masa yang sama Panglima turut menyempurnakan pemakaian pangkat kepada empat anggota yang dinaikkan pangkat Kpl dan seorang anggota dinaikkan pangkat LKpl.

Turut hadir Ketua Staf Markas 31 Bgd, Lt Kol Mohd Zaini Haji Hashim, Pegawai Memerintah dan anggota dibawah naungan 31 Bgd.

Gambar: Pbt Muhammad Khairul Asyraf Muhammad Kahar

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close
Close