HUTMK Latihan & DoktrinSemasa

Perbarisan HUT PLDTD Ke-24

NEGERI SEMBILAN: Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (PLDTD) telah melaksanakan perbarisan sempena Hari Ulang Tahun (HUT) PLDTD Ke-24 yang disempurnakan oleh Panglima Latihan TD, Mej Jen Dato’ Wira Md Tajri Alwi di Padang Kawad Kem Segenting pada 5 Jan 2018.

Perbarisan terdiri daripada keseluruhan pasukan di bawah naungan PLDTD melibatkan seramai 126 pegawai dan 824 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang diketuai oleh Ketua Cawangan Latihan Kemahiran MK PLDTD, Lt Kol Raja Amizan Raja Ibrahim.

Seramai seorang pegawai dan 18 LLP telah dinaikkan pangkat manakala 15 LLP menerima Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) oleh Panglima Latihan TD semasa perbarisan.

Sambutan HUT PLDTD Ke-24 diakhiri dengan jamuan dan acara memotong kek HUT PLDTD di Dewan Serbaguna Kem Segenting.

Turut hadir menonton perbarisan ialah ahli BAKAT PLDTD dan staf awam.

Tahlil sempena hari ulang tahun dan solat Jumaat berjemaah di Masjid Segenting mengakhiri acara sambutan melibatkan Panglima Latihan TD dan semua peringkat pegawai dan anggota.

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Lihat juga

Close
Close