Semasa

Panglima 4 Div Lawat Tapak Projek ENCAP

SELANGOR : Panglima 4 Div, Mej Jen Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi melakukan lawatan ke tapak Projek Engineer Civic Action Programme (ENCAP) di Kampung Melayu Sri Kundang, Rawang, Selangor pada 25 Jan 2018.

Dalam lawatan tersebut beliau sempat meluangkan masa selama 45 minit di rumah balu kepada SSjn Hozali Hj Putih, Salmah Ismail yang dibaik pulih di bawah program tersebut kerana mengalami banyak kerosakan.

Beliau turut berpesan kepada Salmah Ismail agar terus bersabar dengan dugaan dan memaklumkan yang ATM akan sentiasa menjaga serta membantu kebajikan veterannya dan turut menyampaikan sumbangan berupa barangan kepeluan harian kepada beliau.

Turut hadir Pegawai Staf 1 Risik MK 4 Div, Lt Kol Zainordin Hashim dan Pegawai Memerintah 91 Rejimen Bina RAJD, Lt Kol Nik Amir Nik Yaakob.

Gambar: LKpl Khatijah Shahbudin

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close