SemasaTrup TD

Orientasi Pegawai Muda Infantri

MELAKA: Pegawai-pegawai Muda dari Kor Infantri telah menjalani pelbagai latihan fizikal dalam Program Orientasi Pegawai Muda Kor Infantri di sekitar Kem Terendak selama satu minggu bermula 8 Jan hingga 14 Jan 2018.

Tentatif program yang dilaksanakan adalah latihan fizikal seperti Ujian Kecergasan Asas, Latihan Jasmani Senjata, Latihan Jasmani Tempur, dan Larian Tiger Trail bagi meningkatkan ketahanan diri dalam apa jua keadaan dan cuaca.

Pegawai Muda ini juga didedahkan dengan teori kepada Pengenalan Organisasi TD, Tanggungjawab dan Tugas Ketua Platun, Kepimpinan, Persuratan Tentera, Tugas dan Tanggungjawab Pegawai Bertugas Pasukan, Guard Mounting, Staff Parade, dan Guard Dismount, Pengenalan kepada Tiupan Tetuang, Lembaga Siasatan, Pengurusan Kewangan, Pemeriksaan Pakar, Tatasusila Pegawai, Etika Wisma dan kelas Penganjuran Makan Malam Rejimental.

Penuntut juga diberi pendedahan secara teori dan praktikal berkaitan Prosedur Pemeriksaan Stor Senjata, Balai Pengawal, dan Rumah Masak mengikut Malaysian Army Standard (MASt) selaras dengan hasrat PTD dalam menyelaraskan Piawaian Tentera Darat dan berpeluang melakukan praktikal sebagai Pegawai Bertugas Pasukan.

Aktiviti kerohanian seperti solat berjemaah, bacaan Yaasin dan Tahlil, serta penyampaian tazkirah turut dipraktikkan dan aktiviti sukan juga dilaksanakan bagi mengekalkan tahap profesionalisme seseorang pegawai yang mampu melaksanakan apa jua aktiviti sama seperti aktiviti di pasukan kelak.

Gambar: Lt M Afiq Muhamad Mohd Rozi

Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close